Sunday, November 22, 2020

PEREKAAN : REKA BENTUK PERSEKITARAN

 LANDSKAP





1. Landskap merupakan pemandangan yang dilihat di atasd permukaan bumi seperti hutan, laut, sungai dan binaan.

2. Landskap wujud secara semula jadi atau pengubahsuaian oleh manusia.

3. Landskap semula jadi terdiri daripada rupa bentuk semula jadi seperti bukit, tumbuhan, sungai, atau tasik.

4. Landskap yang dibina oleh manusia merupakan pengubahsuaian sesuatu kawasan dengan menyusun atur pelbagai tanaman atau pembinaan pelbagai elemen secara terancang dalam satu pelan komprehensif dengan susun atur yang harmoni. 


Rajah 1 Stonehenge di Salisbury, England


5. Reka bentuk landskap berfungsi sebagai pengawalan ekologi untuk memastikan udara yang bersih dan mengawal hakisan tanah.

6.Landskap juga berfungsi sebagai terapi untuk menenteramkan jiwa dan merehatkan fikiran.

7.Pada masa ini,bandar dihiasi dengan landskap sebagai langkah keseimbangan antara binaan dengan alam semula jadi di samping memenuhi keperluan oksigen manusia.

8.Pereka landskap mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menghasilkan landskap yang dapat mengawal alam semula jadi.


SEJARAH LANDSKAP

1.Landskap bermula pada zaman prasejarah yang dikenal sebagai Biological Art.Contohnya,Stonehenge di Salisbury,England.

2.Pada zaman permulaan tamadun manusia,landskap bermula di Mesopotamia dan Parsi.

3.Landskap dibina untuk golongan raja (firaun) dan pembesar dan direka di kawasan tertentu seperti di istana dan tempat keagamaan.

4.Antara peninggalan landskap permulaan tamadun manusia ialah taman tergantung Babylon dan teknologi gerbang tanpa tulang.


FUNGSI DAN PERANAN LANDSKAP



1.MEMBERIKAN TEDUHAN




  • Pokok boleh memberikan teduhan dan perlindungan daripada panas matahari.
  • Memantul dan menyerap pancarap cahaya.
  • Memberi suasana yang nyaman.

2.MENGHALANG HAKISAN





  • Tumbuhan renek menghalang titisan air hujan terus ke tanah.
  • Akar pokok mencengkam tanah daripada terhakis.

3.IMBANGAN EKOLOGI 




  • Untuk membiak dan memberikan perlindungan spesies tumbuhan terancam
  • Membentuk ekologi untuk alam semula jadi
  • Imbangan ekologi antara binaan dengan tumbuhan

4.MENGARAH PERGEREKAN ATAU PETUNJUK ARAH




  • Susunan pokok boleh digunakan untuk mengarah pergerakan.
  • Susunan pokok juga boleh mencipta ruang mengikut penggunaan 
  • Tumbuhan juga digunakan untuk penghalang pergerakan terutama di kawasan yang tidak dibenarkan masuk
ELEMEN-ELEMEN REKA BENTUK LANDSKAP


LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE)





1. TUMBUHAN

  • Tumbuhan merupakan elemen utama dan penting dalam reka bentuk landskap.
  • Pemilihan tumbuhan dari segi saiz, jenis dan warna tumbuh-tumbuhan adalah penting kerana ia merujuk kepada fungsi dan tempat.
  • Pemilihan tumbuhan juga perlu meneliti kesan yang dapat mewujudkan tema dan konsep utama yang telah ditetapkan.
2.TOPOGRAFI ( BENTUK MUKA BUMI)

  • Topografi meliputi elemen-elemen seperti gunung, bukit-bukit, tasik dan sungai
  • Pengubahsuaian topografi yang asal dilakukan untuk mewujudkan satu sistem pengaliran.
  • Sistem pengaliran perlu dibina untuk memastikan sesuatu landskap sempurna.
3.AIR

  •  Air merupakan satu faktor penting dalam mewujudkan landskap yang sejuk dan nyaman.
  • Air dapat mewujudkan satu gambaran pergerakan.
  • Air juga dapat mengimbangi antara landskap lembut dengan landskap kejur.
LANDSKAP KEJUR ( HARDSCOPE) 

  • Landskap kejur merupakan salah satu elemen landskap yang terdiri daripada struktur buatan manusia seperti bangunan, gazebo, arca dan sebagainya.
  • Ia dibina untuk kemudahan pengguna, keselesaan dan sebagai struktur sokongan estetik terhadap sesuatu landskap.





No comments:

Post a Comment

PEREKAAN : REKA BENTUK PERSEKITARAN

  LANDSKAP 1. Landskap merupakan pemandangan yang dilihat di atasd permukaan bumi seperti hutan, laut, sungai dan binaan. 2. Landskap wujud ...