Tuesday, November 10, 2020

PENDIDIKAN

 BIDANG PENDIDIKAN

-Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam sesebuah negara di dunia ini. Dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, sosial dan sebagainya,pendidikan dilihat mampu mengubah sebuah negara kepada tahap yang lebih baik. Pendidikan juga merupakan asas yang sangat penting kepada setiap individu di dunia ini. 


1. MAKSUD PENDIDIKAN

-Perkataan pendidikan ini mempunyai tafsiran yang pelbagai dan juga sentiasa berubah dengan mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Pendidikan juga merupa usaha sistematik yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri seseorang manusia.

2. PENGERTIAN PENDIDIKAN MENURUT TOKOH

Menurut Proffesor H.Mahmud Yunus

- Pendidikan adalah usaha-usaha yang sengaja dipilih untuk mempengaruhi dan membantu anak dengan tujuan peningkatan keilmuan, jasmani dan akhlak sehingga secara bertahap dapat mengantarkan si anak kepada tujuannya yang paling tinggi. Agar si anak hidup  bahagia, serta seluruh apa yang dilakukanya menjadi bermanfaat bagi dirinya dan masyarakat.

PROFESSOR H.MAHMUD YUNUS



Menurut Proffesor Herman H.Horn

- Pendidikan adalah proses abadi dari penyesuaian lebih tinggi bagi makhluk yang telah  berkembang secara fisk dan mental yang bebas dan sadar kepada Tuhan seperti termanifestasikan dalam alam sekitar, intelektual, emosional dan kemauan dari manusia


PROFFESOR HERMAN H.HORN


Menurut M.J Langeveld

- Pendidikan adalah setiap pergaulan yang terjadi adalah setiap pergaulan yang terjadi antara orang dewasa dengan anak-anak merupakan lapangan atau suatu keadaan dimana  pekerjaan mendidik itu berlangsung.

                  

M.J LANGEVELD

3.KELEBIHAN PENDIDIKAN

- Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan.

4. FUNGSI PENDIDIKAN

-Keupayaan kawalan diri dan sokongan sosial

-Menjamin kestabilan individu dalam fungsi sosial

-Mengurus kehidupan dalam perkahwinan dengan lebih baik

-Membuat keputusan yang bijak dan wajar

-Menstabilkan ekonomi dengan peluang kerja yang lebih baik

-Menentang kemiskinan

-Membina demokrasi

--Membentuk masyarakat sejahtera




No comments:

Post a Comment

PEREKAAN : REKA BENTUK PERSEKITARAN

  LANDSKAP 1. Landskap merupakan pemandangan yang dilihat di atasd permukaan bumi seperti hutan, laut, sungai dan binaan. 2. Landskap wujud ...