LANDSKAP
1. Landskap merupakan pemandangan yang dilihat di atasd permukaan bumi seperti hutan, laut, sungai dan binaan.
2. Landskap wujud secara semula jadi atau pengubahsuaian oleh manusia.
3. Landskap semula jadi terdiri daripada rupa bentuk semula jadi seperti bukit, tumbuhan, sungai, atau tasik.
4. Landskap yang dibina oleh manusia merupakan pengubahsuaian sesuatu kawasan dengan menyusun atur pelbagai tanaman atau pembinaan pelbagai elemen secara terancang dalam satu pelan komprehensif dengan susun atur yang harmoni.
- Pokok boleh memberikan teduhan dan perlindungan daripada panas matahari.
- Memantul dan menyerap pancarap cahaya.
- Memberi suasana yang nyaman.
- Tumbuhan renek menghalang titisan air hujan terus ke tanah.
- Akar pokok mencengkam tanah daripada terhakis.
- Untuk membiak dan memberikan perlindungan spesies tumbuhan terancam
- Membentuk ekologi untuk alam semula jadi
- Imbangan ekologi antara binaan dengan tumbuhan
- Susunan pokok boleh digunakan untuk mengarah pergerakan.
- Susunan pokok juga boleh mencipta ruang mengikut penggunaan
- Tumbuhan juga digunakan untuk penghalang pergerakan terutama di kawasan yang tidak dibenarkan masuk
- Tumbuhan merupakan elemen utama dan penting dalam reka bentuk landskap.
- Pemilihan tumbuhan dari segi saiz, jenis dan warna tumbuh-tumbuhan adalah penting kerana ia merujuk kepada fungsi dan tempat.
- Pemilihan tumbuhan juga perlu meneliti kesan yang dapat mewujudkan tema dan konsep utama yang telah ditetapkan.
- Topografi meliputi elemen-elemen seperti gunung, bukit-bukit, tasik dan sungai
- Pengubahsuaian topografi yang asal dilakukan untuk mewujudkan satu sistem pengaliran.
- Sistem pengaliran perlu dibina untuk memastikan sesuatu landskap sempurna.
- Air merupakan satu faktor penting dalam mewujudkan landskap yang sejuk dan nyaman.
- Air dapat mewujudkan satu gambaran pergerakan.
- Air juga dapat mengimbangi antara landskap lembut dengan landskap kejur.
- Landskap kejur merupakan salah satu elemen landskap yang terdiri daripada struktur buatan manusia seperti bangunan, gazebo, arca dan sebagainya.
- Ia dibina untuk kemudahan pengguna, keselesaan dan sebagai struktur sokongan estetik terhadap sesuatu landskap.